Friday, April 11, 2014

APAKAH ITU GST?


Kalau nak tahu apa itu GST, cer baca ini, jangan la bangang sangat, kata cerdik pandai.




Jangan nak meroyan tak tentu pasal, Ketua kata, OK, mereka pulak membantah. Semuanya tak kena dimata mereka. Apa lagi ni???...



Apa sebenarnya agenda bongok puak pakatan haprak yang beria-ia meroyan menolak GST untuk dilaksanakan di negara kita. Lihat saja gambar di atas, dalam minggu ini bila GST dibentangkan di parlimen, puak-puak memekik terlolong kononnya membantah GST.

Macam nie contoh yang baik ditunjukkan oleh wakil rakyat yang telah dipilih oleh kita? Korang pikir sendirilah yer. Sebenarnya apa saja dasar kerajaan yang baik demi kepentingan rakyat dan negara akan disanggah.

Kita semua tahu, pakatan sudah tiada cara lain untuk menang didalam pilihanraya. Rakyat ternyata menolak politik kotor pakatan. Setiap pembohongan dan kerja jahat mereka sering kali terbongkar. Di luar sana rakyat tidak sebodoh seperti yang mereka sangkakan.

Pasal GST nie, banyak komen yang GR lihat katanya membebankan rakyat. Korang semua tahu ker? Kedai mamak tepi jalan kena GST ker? Warong apek jual kopi kena GST ker? Kalau betul diaorang semua kenakan GST itu semua MENIPU. Perniagaan yang dilaksanakan adalah untuk perniagaan yang melebihi RM500 ribu ke atas, barulah mereka itu layak untuk daftar GST. Ini salah satu contoh dan banyak lagi.

Pada yang meroyan tu, korang tengok sendiri video yang Boss korang cakap nie. Dia SOKONG GST dilaksanakan dan efisyen. Ini pun korang kata menipu ek? He he he...Klik: http://eddyjugaks.blogspot.com








Thursday, April 10, 2014

UMNO Tolak Hudud??? Biar betul!!! @NajibRazak @AbdulHadiAwang @AnwarIbrahim @Ratu_Naga

Siapa kata UMNO tolak hukum hudup???. Cer bagi bukti-buktinya. Kenapalah depa ni bangang sangat. Hish, kata tu ikut sedap hati sahaja.  Kenapa???. Orang-orang UMNO bukan orang Islam ke!!!. Kami juga mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan fadhu haji di Mekah dan mengeluarkan zakat seperti orang-orang Islam yang lain jugak.  Haprak betullah. Itulah kecik-kecik taknak mati, dah tua menyusahkan orang sahaja. Cer gunakan otak yang waras tu, jangan asyik nak menuding jari aje.  Siapakah kita menidakkan hukum ALLAH S.W.T. Cuba tanya pada diri sendiri, dapatkah kita melaksanakan hukum tersebut dengan seadil-adilnya agar tiada orang yang teraniaya disebabkan kesalahan orang lain.

Nak laksanakan hukum hudud ni bukannya senang hoi, sebelum kita nak sabitkan kesalahan seseorang itu, kena pastikan dulu siapa saksinya, kalau tidak menepati syarat dengan sendirinya terbatal tuduhan itu, kan ke kes naya tu. tak pasal pulak pesalah tu bebas, apalagi seronok la, boleh buat lagi...betul tak???. Itupun tak reti ke...katanya Alim Ulamak.

Persoalannya adakah saksi-saksi seperti yang dikehendaki, Saksi yang adil iaitu seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, baik tingkahlakunya, bersopan santun dan boleh dipercayai. Masihkah, wujud saksi-saksi seperti itu pada masakini.

Cuba baca betul-betul dan fahamkan....kalau tak faham juga, bukan orang MELAYU ISLAM lah namanya, nyah engkau dari bumi Malaysia.







Tuesday, April 1, 2014

GURU MALAYSIA TIADA KUALITI KATA DAP





KUALA LUMPUR, 1 APRIL : Kenyataan dari pihak kerajaan yang menyamakan tahap dan juga kualiti produk dari sistem pendidikan negara ini setaraf dengan negara maju yang lain seperti United Kingdom dikecam pemimpin tertinggi DAP.

Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat semalam menempelak kenyataan tersebut dan menganggap kenyataan tersebut tidak berasas sama sekali.

Guan Eng turut menyatakan bahawa ibu bapa harus malu dengan taraf pendidikan anak mereka yang lemah dan jelas berada di bawah taraf pendidikan negara miskin di rantau Asia Tenggara seperti Vietnam dan Thailand

“DAP bersetuju dengan pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Frederico Gil Sander bahawa rakyat Malaysia sepatutnya terkejut kerana anak-anak mereka menunjukkan prestasi lebih teruk berbanding murid di Thailand dan Vietnam yang lebih miskin", ujar Lim kepada media.

Merujuk kepada laporan The Edge, Guan Eng mendakwa bahawa ukuran ranking pendidikan negara yang teruk berbanding negara Asean yang lain jelas membuktikan sistem pendidikan dan kualiti pembelajaran yang diamalkan oleh kerajaan jelas jauh ketinggalan.

Beliau turut mendakwa bahawa pemilihan guru sekarang jelas tidak berkualiti dan berharap agar kerajaan Barisan Nasional dapat memberikan kuasa penuh kepada pihak sekolah agar dapat memilih guru yang berkredibiliti supaya taraf pendidikan di sesebuah organisai meningkat.

“Akhirnya, guru sekolahlah yang menjadi faktor perubahan dan memberi inspirasi kepada murid untuk berjaya.“Soalannya, apakah BN berani untuk melaksanakan perubahan yang dicadangkan Bank Dunia atau indeks pendidikan negara akan terus merudum dan tidak mustahil akan lebih teruk dari Indonesia", tegas Guan Eng lagi.

Sumber (Utaranews)